Rekabentuk And Pembangunan Komik Digital: Keajaiban Al-Quran – Mukjizat Lebah

Design And Development of A Digital Comic: The Miracles Of The Quran – The Miracle Of Bees

Pengarang

  • Helyawati Baharudin Faculty of Creative Multimedia and Computing, Universiti Islam Selangor, Malaysia
  • Nabilah Syafiqah Perwira Faculty of Creative Multimedia and Computing, Universiti Islam Selangor, Malaysia
  • Siti Rohaida Alimin Faculty of Creative Multimedia and Computing, Universiti Islam Selangor, Malaysia
  • Farhana Abdullah Ashuhaimi Faculty of Creative Multimedia and Computing, Universiti Islam Selangor, Malaysia
  • Nor Hidayah Hussain Faculty of Creative Multimedia and Computing, Universiti Islam Selangor, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.53840/myjict11-1-263

Kata kunci:

Penyelidikan (DDR), Pembelajaran Islam, Surah An-Nahl, Pendidikan Interaktif

Abstrak

Penggunaan komik digital semakin mendapat perhatian sebagai medium pembelajaran yang mampu menyampaikan mesej pendidikan secara kreatif, menarik, dan mudah diakses oleh generasi masa kini. Selaras dengan perkembangan teknologi dan keperluan pembelajaran abad ke-21, kajian ini membentangkan proses reka bentuk dan pembangunan komik digital bertajuk Keajaiban al-Quran – Mukjizat Lebah yang dihasilkan untuk menyampaikan mesej Islam secara interaktif. Berasaskan kandungan Surah an-Nahl, komik ini menyorot keajaiban lebah sebagai tanda kebesaran ciptaan Allah SWT dengan menggabungkan tafsir al-Quran dan fakta sains melalui naratif dan visual yang harmoni. Pembangunan komik mengikuti pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) yang terancang, meliputi tiga peringkat utama iaitu analisis keperluan, reka bentuk dan pembangunan produk, serta penilaian dan penambahbaikan. Sepuluh orang pakar yang terdiri daripada lima orang pakar kandungan dan lima orang pakar multimedia telah menilai komik digital ini menggunakan dua set soal selidik 20 item skala Likert lima mata. Kesahan kandungan instrumen dianalisis menggunakan Indeks Aiken’s V, dan dapatan menunjukkan min Aiken’s V keseluruhan pakar kandungan ialah 0.905 (Tinggi) dan pakar multimedia ialah 0.902 (Tinggi), dengan min gabungan 0.904 (Tinggi). Kesemua 40 item melepasi ambang kesahan minimum V ≥ 0.80, mengesahkan bahawa instrumen penilaian dan komik digital yang dibangunkan memenuhi piawaian kualiti yang tinggi. Dapatan ini mengesahkan peranan komik digital berunsur Islam sebagai medium pendidikan yang inovatif dan relevan dengan era pembelajaran berasaskan teknologi.

Muat turun

Muat turun data belum tersedia.

Rujukan

Aiken, L. R. (1985). Three coefficients for analyzing the reliability and validity of ratings. Educational

and Psychological Measurement, 45(1), 131–142. https://doi.org/10.1177/0013164485451012

Azman, F. N., Zaibon, S. B., & Shiratuddin, N. (2015). Pembangunan komik pendidikan sebagai solusi

kepada stigma sosial pembaca Malaysia: Isu, elemen dan implikasi. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 3(2), 85–98. 10.47252/teniat.v3i2.326

Azman, F. N., Zaibon, S. B., Shiratuddin, N., & Dolhalit, M. L. (2019). Evaluation of production model

for digital storytelling via educational comics. In Intelligent and Interactive Computing (pp. 471–481). Springer. https://doi.org/10.1007/978-981-13-6031-2_45

Bianca, T., Siregar, R. H., & Lubis, R. (2024). Analisis pengembangan media pembelajaran komik digital

sebagai media pembelajaran di sekolah. El-Jughrafiyah: Jurnal Geografi dan Pendidikan, 4(2), 112–121. http://dx.doi.org/10.24014/jej.v4i2.32719

Chitra Devi, M., Abdullah, M. H., & Hassan, M. F. (2022). Keberkesanan modul komik mata pelajaran

perniagaan tingkatan 4. Jurnal Pendidikan Malaysia, 47(1), 15–28. https://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/59096

Ellis, T. J., & Levy, Y. (2010). A guide for novice researchers: Design and development research methods.

Proceedings of Informing Science & IT Education Conference (InSITE) 2010, 107-118.

http://proceedings.informingscience.org/InSITE2010/InSITE10p107-118Ellis725.pdf

Fajar, D. A. (2020). Penggunaan media visual dalam pendidikan jasmani dan kesehatan. Indonesian

Journal of Instructional Media and Model, 2(1), 1. https://doi.org/10.32585/ijimm.v2i1.627

Fitri, N., Sartono, N., & Evriyani, D. (2014). Pengembangan media pembelajaran dalam bentuk komik

digital pada materi sistem imun di SMA Negeri 13 Jakarta. Jurnal BIOSFER, 7(2). http://journal.unj.ac.id/unj/index.php/biosfer/article/view/5612

Gunawan, P., & Sujarwo. (2022). Pemanfaatan komik sebagai media pembelajaran sejarah dalam

meningkatkan motivasi dan hasil belajar siswa. Journal of History Education and Historiography, 6(1).https://journal.unesa.ac.id/index.php/jhi/article/view/17948

Hakim, M. M. R., Sabtu, M., & Budin, A. (2021). Kefahaman ayat al-Quran dalam kalangan pelajar

tahfiz: Satu sorotan. Jurnal Maw'izah, 4, 1–10. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JMAW/article/view/916

Lestari, S. U., Syarifuddin, S., & Hasan, N. (2026). Effectiveness of AI-based digital comics in enhancing

students' understanding of ghibah and tabayyun in Islamic education. International Journal of Multicultural and Multireligious Understanding, 13(3). https://ijmmu.com/index.php/ijmmu/article/view/7343

Khoerunajah, N., & Farah. (2022). Pengembangan komik digital Sahabat Belajar Akhlak “SABELAK”

sebagai media pembelajaran PAI di SD kelas II. Jurnal Pendidikan Dasar & Keguruan.https://doi.org/10.47625/fashluna.v3i1.364

Masuwai, A., Zulkifli, H., & Tamuri, A. H. (2024). Evaluation of content validity and face validity of

secondary school Islamic education teacher self-assessment instrument. Cogent Education, 11(1). https://doi.org/10.1080/2331186X.2024.2308410

Nafis, Z. F. N. (2016). Pengembangan media pembelajaran komik audio visual bagi pembelajaran

ekonomi materi kurs valuta asing di SMA Negeri 8 Malang. Jurnal JPE, 9(2). http://journal.um.ac.id/index.php/jpe/article/view/7162

Osman, N., & Shamsudin, N. (2022). Penggunaan e-komik terhadap peningkatan kemahiran membaca

mekanis. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(5), 1–12. https://doi.org/10.47405/mjssh.v10i2.2726

Retnawati, H. (2016). Proving content validity of self-regulated learning scale (The comparison of Aiken

index and expanded Gregory index). REID: Research and Evaluation in Education, 2(2), 155–164. https://doi.org/10.21831/reid.v2i2.11029

Richey, R. C., & Klein, J. D. (2007). Design and development research: Methods, strategies, and issues.

Routledge. ISBN: 978-0805857313

Sukmanasa, E., Windiyani, T., & Novita, L. (2017). Pengembangan media pembelajaran komik digital

pada mata pelajaran Ilmu Pengetahuan Sosial bagi siswa kelas V sekolah dasar di Kota Bogor. Jurnal Pendidikan Sekolah Dasar, 3(2), 171–185. https://doi.org/10.30870/jpsd.v3i2.2138

Zainadi, N. A. M., & Ismail, R. (2023). The development of digital comic for Al-Quran and Al-Sunnah

education subject: Pembangunan komik digital untuk mata pelajaran Pendidikan Al-Quran dan Sunnah. Sains Insani, 8(1), 103–110. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol8no1.45

Diterbitkan

2026-06-29

Terbitan

Bahagian

Articles

Cara Memetik

Baharudin, H., Perwira, N. S., Alimin, S. R., Ashuhaimi, F. A., & Hussain, N. H. (2026). Rekabentuk And Pembangunan Komik Digital: Keajaiban Al-Quran – Mukjizat Lebah: Design And Development of A Digital Comic: The Miracles Of The Quran – The Miracle Of Bees. Malaysian Journal of Information and Communication Technology (MyJICT), 11(1), 40-49. https://doi.org/10.53840/myjict11-1-263

##plugins.generic.shariff.share##