Pembangunan Dan Penilaian Sistem E-Kesediaan Kerjaya
Development and Evaluation of E-Systems Career Readiness
DOI:
https://doi.org/10.53840/myjict9-1-182Keywords:
Pembangunan, penilaian, kebolehgunaan, e-kesediaan kerjayaAbstract
Program kesediaan kerjaya yang dilaksanakan bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pelbagai aspek kemahiran yang diperlukan oleh pihak industri atau organisasi. Ianya menjadi pemangkin ke arah mempertingkatkan peratusan kebolehpasaran graduan bagi sesebuah institusi pendidikan. Program kesediaan kerjaya yang dirangka dengan baik dapat membantu pelajar dalam menentukan hala tuju kerjaya mereka setelah bergraduat. Kemahiran teknikal dan insaniah diterapkan melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi memastikan pelajar betul-betul bersedia sebelum memasuki alam pekerjaan. Aspek pengurusan program kesediaan kerjaya adalah penting supaya semua pelajar mendapat maklumat yang terkini berkaitan bidang pekerjaan dan keterlibatan pelajar haruslah menyeluruh. Unit CISEC (Corporate, Industrial Services and Employability Centre) di Politeknik Kuala Terengganu merupakan unit yang dipertanggungjawab untuk menyelaras semua aktiviti bagi program kesediaan kerjaya. Aktiviti-aktiviti program kesediaan kerjaya telah dijalankan dengan baik namum ketiadaan suatu sistem pengurusan yang berpusat dan teratur menyukarkan pelajar untuk menyertai program yang dianjurkan. Penambahbaikan terhadap aktiviti yang dijalankan perlu dilaksanakan bagi memastikan kesinambungannya memberi impak yang positif namum ianya tidak dapat dilaksanakan. Justeru itu, pembangunan sistem e-kesediaan kerjaya merupakan alternatif dalam memperkemaskan pengurusan program kesediaan kerjaya di Politeknik Kuala Terengganu. Dalam membangunkan sistem e-kesediaan kerjaya, Model Agile telah digunakan sebagai model rujukan dalam menghasilkan suatu sistem yang lengkap. Ianya dipilih kerana dapat memberi nilai kepada pengguna dengan pengurangan tempoh pembangunan. Sistem e-kesediaan kerjaya yang lengkap dinilai kebolehgunaannya bagi memastikan penambahbaikan dapat dilaksanakan. Instrumen kajian yang berbentuk borang soal selidik telah digunakan bagi menilai item-item yang dikaji. Sampel bagi kajian terdiri dari 100 orang pelajar dari Jabatan Teknologi Maklumat dan komunikasi dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik serta 10 orang pegawai di bawah Unit CISEC (Corporate, Industrial Services and Employability Centre) di Politeknik Kuala Terengganu. Analisis data dilaksanakan dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 28.0. Hasil kajian mendapati sistem e-kesediaan kerjaya yang dibangunkan menepati keperluan pelajar dan pegawai yang terlibat.
Downloads
References
Ansari, G.A. (2017). Career guidance through multilevel expert system using data mining technique. International Journal of Information Technology and Computer Science, 9(8), 22-29. NACE (2022).
Ainsworth, Q. (2020). Data collection methods: jotform education. Retrieved from https://www.jotform.com/data-collection-methods/
Bimrose, J., Barnes, S-A., Attwell, G. (2010). An investigation into the skills needed by Connexions Personal Advisers to develop internet-based guidance. CfBT: Warwick Institute for Employment Research: Reading / Coventry.
Ehlers, I. P. (2018). Chapter 8: Oklahoma state university career services. Career Planning and Adult Development Journal, 34(2), 82-91.
Henderson, M., Selwyn, N., & Aston, R. (2017). What works and why? Student perceptions of ‘useful’digital technology in university teaching and learning. Studies in higher education, 42(8), 1567-1579.
Kettunen, J., Vuorinen, R., & Sampson, Jr. J. (2013). Career practitioners' conceptions of social media in career services. British Journal of Guidance & Counselling. Volume 41, - Issue 3: Re-framing careers work. Taylor and Francis.
Kimlin, H. B., & Idris, S. I. B. (2019). Crea8tif: Aplikasi pintar pengurusan projek seni digital. Journal on Technical and Vocational Education, 4(3), 19-28.
Lairio, M. and Penttinen, L. (2006). “Students’ career concerns: Challenges facing guidance providers in Higher Education,” International Journal for Educational and Vocational Guidance, 6(3), pp. 143–157.
Mansor, A. T., & Tan, K. A. (2009). Influence of gender on career readiness among Malaysian undergraduates. Australian Journal of Career Development, 18(2), 33-44.
Moore, N. (2018). Thinking digitally in a digital world. Career Matters: Issue 6 (1) 42-43. Stourbridge. CDI
Okeke, N. (2021). Agile Methodology: Meaning, advantages, disadvantages & more. Retrieved from https://targettrend.com/agile-methodology-meaning-advantagesdisadvantages-more/ Osborn, D. S., Brown, C. A., & Morgan, M. J. (2021). Expectations, experiences, and careerrelated outcomes of computer-assisted career guidance systems. Journal of Employment Counseling, 58(2), 74–90.
Shifa Dwi Oktaviani, Rima Lorentiana Wijayanti, Hegarmanah Muhabatin, Edi Wahyudin, & Edi Tohidi. (2022). Pengembangan Sistem Informasi Penerimaan Siswa Baru Taman Kanak Kanak Berbasis Web. KOPERTIP: Jurnal Ilmiah Manajemen Informatika Dan Komputer, 4(2), 51–57.
Srivastava, A., Bhardwaj, S., & Saraswat, S. (2017). SCRUM model for agile methodology. In P. N. Astya, A.Swaroop, V. Sharma, M. Singh, & K. Gupta (Eds.), Proceedings of the International Conference on Computing, Communication, and Automation (ICCCA). Paper presented at the 2017 International Conference on Computing, Communication, and Automation, India (pp. 864-869). India: IEEE.
Stebleton, J. M., Kaler, S. L., Diamond, K. K., & Lee, C. (2020) Examining career readiness in a liberal arts undergraduate career planning course. Journal of Employment Counseling, 57(1), 14-26.
Windiarti, I., Siti, N., & M. Haris Qamaruzzaman. (2022). Sistem Informasi Pendaftaran Siswa Baru Di Sd Islam Hasanka Palangkaraya Berbasis Web. J-Ensitec, 9(01), 756–759.
Wrike. (2023). What is the Agile Methodology in Project Management. https://www.wrike.com/project-management-guide/faq/what-is-agile-methodology-inproject-management.
Xiao Y., & Huang Y.J. (2011). An empirical study on the relationship between college students' career readiness behavior and employment quality. Work & Study Abroad.
Zaihan, Haron & Hilmun, Mohamed. (2016). Tahap Efikasi Dengan Skor Pemantauan Pembelajaran Dan Pengajaran Pensyarah di Politeknik Melaka. Politeknik & Kolej Komuniti. Journal of Social Sciences and Humanities, Vol. 1 (1).
Zainudin, Z. N., Hassan, S. A., Abu Talib, M., Ahmad, A., Yusop, Y. M., & Asri, A. S. (2020). Technology-assisted career counselling: Application, advantages and challenges as career counselling services and resources. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 10 (11), 67-93.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Malaysian Journal of Information and Communication Technology (MyJICT)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
