Syarat-Syarat Yang Menyokong Penggunaan Powerpoint Interaktif Dalam Pengajaran Tulisan Jawi Oleh Guru Cemerlang Dan Munsyi Jawi Sekolah Rendah Berdasarkan Teori Kondisi Ely
Conditions Supporting The Use Of Interactive PowerPoint In The Teaching Of Jawi Writing By Excellent Teachers And Munsyi Jawi In Primary Schools Based On Ely’s Condition Of Change Theory
DOI:
https://doi.org/10.53840/myjict10-2-245Abstract
Penguasaan tulisan Jawi merupakan salah satu aspek penting dalam Pendidikan Islam di sekolah rendah, namun cabaran masih wujud apabila pendekatan pengajaran cenderung berpusatkan guru dan kurang memanfaatkan teknologi interaktif. Kajian ini bertujuan untuk meneliti tahap penggunaan PowerPoint Interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) tulisan Jawi oleh Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) dan Munsyi Jawi, di samping mengenal pasti tahap kewujudan lapan kondisi perubahan yang digariskan dalam Teori Ely serta kesannya terhadap keberkesanan pelaksanaan inovasi tersebut. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kualitatif berbentuk kajian kes tunggal dengan melibatkan dua orang peserta yang dipilih secara purposif. Data dikumpul melalui temu bual separa berstruktur dan dianalisis secara manual berpandukan kerangka Miles dan Huberman. Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun kesemua kondisi Ely wujud, empat faktor paling dominan yang mendorong kejayaan penggunaan PowerPoint Interaktif ialah pengetahuan dan kemahiran guru, komitmen, ketersediaan sumber serta pengurusan masa. Faktor lain seperti kepimpinan, ganjaran, penyertaan dan ketidakpuasan terhadap amalan sedia ada didapati lebih berperanan sebagai pelengkap berbanding pemacu utama. Kajian ini memberi implikasi bahawa penguasaan teknologi dan kesediaan peribadi guru lebih kritikal dalam menjayakan inovasi PdP berbanding faktor luaran semata-mata. Dapatan ini diharapkan dapat memberi panduan praktikal kepada guru Pendidikan Islam dalam memperkukuh strategi pengajaran tulisan Jawi secara interaktif serta menyediakan asas cadangan kepada pihak pentadbir dan pembuat dasar untuk meningkatkan latihan dan sokongan berkaitan teknologi pendidikan di sekolah.
Downloads
References
Abdullah, Z., & Aziz, A. (2020). Peminggiran Tulisan Jawi Sebagai Lambang Jati Diri Melayu: Satu Kajian Tinjauan: Abandonment of Jawi Script as a Symbol of Malay Identity: A Case Observation Research. the Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 7(2), 244–255. https://jsass.uis.edu.my/index.php/jsass/article/view/152
Abdul Halim Tamuri et al. (2004). Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam ke atas Pembangunan Diri Pelajar. Laporan Penyelidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan JAPIM.
Che Siah Che Man. (2007). Pendekatan Pengajaran Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
D. P. Ely, “Conditions that Facilitate the Implementation of Educational Technology Innovations,” Journal on Research on Computing in Education, Vol. 23, No. 2, 1990, pp. 298-305.
Dang, V. H., & Nguyen, C. T. (2023). Applying the Kotter change management model in high school education: Some initial results in Hanoi, Vietnam. University of Education, Vietnam National University, Hanoi.
Daros, I. (1981). Faktor-faktor Yang Menyebabkan Pelajar-pelajar Di Peringkat Menengah Melakukan Kegiatan Ponteng Sekolah, Latihan Ilmiah Yang Tidak Diterbitkan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Geoffrey, Norshamshizar Abdul Jalil, & Marlissa Omar. (2024, March). Pengintegrasian Teknologi dalam Pendidikan: Cabaran Guru (Contrastive Analysis Technological Integration... ResearchGate; UiTM Press, Universiti Teknologi MARA.
Hall, G. E., & Hord, S. M. (2015). Implementing change: Patterns, principles, and potholes (4th ed.). Boston: Pearson Higher Ed.
Hall, G. E., Wallace, R. C., & Dossett, W. A. (1973). A developmental conceptualization of the adoption process within educational institutions. Austin, TX: University of Texas Research and Development Center for Teacher Education.
Hassan, H., & A.Ghani, M. F. (2022). Pengaruh Komitmen Guru Dan Penyeliaan Guru Besar Terhadap Pengurusan Bilik Darjah Di Sekolah Rendah Daerah Tenom, Sabah. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 9(1), 56–76. https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/view/35159
Hussin, M. N., Wazir, R., & Abd. Rahman, K. A. (2021). Kajian Awal Tentang Perlaksanaan Pembelajaran Atas Talian dalam Kalangan Mahasiswa Pengajian Islam di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Jurnal Pengajian Islam, 14(1), 148–159.
Ibrahim, R., Embong, R., Kadir, F. K. A., & Hashim, H. A. (2019). Pemerkasaan Tulisan Jawi Dahulu dan Kini. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences (E-ISSN: 2600-9080), 2(1), 29–37. https://bitarajournal.com/index.php/bitarajournal/article/view/44
Kotter, J. P. (1996). Leading change. Harvard Business School Press.
Lewin, K. (1947). Frontiers in group dynamics. Human Relations, 1(2), 143–153.
Lim, G. F., Jalil, N. A., Hidup, D. S. A., & Omar, M. (2024). Pengintegrasian Teknologi dalam Pendidikan: Cabaran Guru. International Journal of Modern Languages And Applied Linguistics, 8(1), 49-67. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijmal/article/view/24217
Matlan, S. J., & Maat, S. M. (2021). Penggunaan Aplikasi Quizizz Sebagai Alternatif Penilaian Formatif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 217–227.
Mayer, R. E. (2009). Multimedia learning (2nd ed.). Cambridge University Press.
Mohamad Yusof, M. R., & Zulkifli, H. (2021). Tahap Kefahaman dan Kemahiran Pengajaran Matapelajaran Jawi dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam. Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs, 5(1), 39–45. https://doi.org/10.33102/jqss.vol5no1.87
Mohd, Muhammad, M., Mohd Fadzil Kamarudin, Muhammad Zaim Esrati, & Mohd Hasrul Kamarulzaman. (2024). Tahap Penguasaan Tulisan Jawi Dalam Kalangan Pelajar Pintar Cerdas. International Journal of Advanced Research in Education and Society, 6(1), 274–283. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijares/article/view/25915
Muhammad, Kamil, A., & Hui, Y. S. (2025). Strategi, Cabaran Dan Kaedah Mengatasi Pelaksanaan Pendekatan Tematik Dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu Di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (Strategies, Challenges and Methode to Overcome the Implementation of the Thematic Approach in Teaching Malay Language Teachers in Chinese National Type Schools). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 15(2), 89–107. https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/404
Munirah Madzlan & Kamariah Abu Bakar. (2022). Kemahiran dan motivasi guru serta keberkesanan terhadap penggunaan Telegram dan Whatsapp dalam pembelajaran dan pemudahcaraan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(9), e001761. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i9.1761
Nahar, N & Safar, J. (2016). Pengajaran Jawi Berkesan Dalam Usaha Memartabatkan Warisan Budaya Bangsa. Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia.
Noraziah Mohd Amin & Noor Azam Abdul Rahman. (2019). Persepsi Pelajar Melayu UNITEN Terhadap Pembelajaran Tulisan Jawi Di Pelbagai Peringkat Pendidikan Di Malaysia. Sains Insani. https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/75/74
Norizan Mat Diah & Nor Azan Mat Zin. (2013). Kaedah pengajaran dan pembelajaran asas Jawi bagi kanak-kanak prasekolah. ESTEEM Academic Journal. Vol. 9, No. 2, December 2013, 28-38.
Othman, N. (2016). The Relationship Between Repeated Use of Educational Technologies and Academic Achievement. Asian Journal of Educational Research, 4(1), 56-74.
Rahman, Mhd Habibu, and Rita Kencana. "Implementasi model pembelajaran kooperatif dalam meningkatkan perkembangan sosial anak usia dini." Musamus Journal of Primary Education 2, no. 2 (2020): 67-75. https://doi.org/10.35724/musjpe.v2i2.2177
Rusmawaty, D., Hermagustiana, I., & Sunardi, S. (2022). An exploration of EFL teachers’ perceptions and experiences of e-learning implementation through the concern-based adoption model. International Journal of Education in Mathematics, Science, and Technology, 10(3), 599–614. https://doi.org/10.46328/ijemst.2554
Saemah Rahman, and Siti Fatimah Mohd. Yassin, (2008) Kemahiran mengakses dan mempelajari bahan hiperteks dalam kalangan guru pelatih. Jurnal Pendidikan Malaysia, 33 . pp. 81-94. ISSN 0126-6020 / 2180-0782
Saidin, N. F., Bukhari, N. A. M., & Yue, W. S. (2023). Penggunaan Teknologi Multimedia Terhadap Keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia. Journal of Issue in Education, 46, 44–57. https://ejournal.um.edu.my/index.php/JIIE/article/view/50226
Saimon, A., Sheikh Mohd Fauzi, S. N., Zafri, N. Z., Ibrahim, N. A. I., & Abd Halim, N. A. (2023). Tahap penguasaan Tulisan Jawi dalam kalangan murid tahun 4 di sekolah Kota Raja, Panchor, Muar, Johor. PENDETA, 14(2), 71–82. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol14.2.6.2023
Schmid, R. et al. (2018). Enhancing Student Engagement with Interactive Presentations. Educational Technology Research and Development, 66(4), 1021-1035.
Sharipah Amalhayaty Syed Ahmad. (2015) Penggunaan kaedah Fonik dalam pengajaran kemahiran bacaan awal kanak-kanak prasekolah. (Disertasi Sarjana Tidak Diterbitkan). Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Sharul Azim Sharudin, Normah Mustaffa & Shahrul Nazmi Sanusi. (2020). Peranan Infografik Dalam Meningkatkan Kesedaran Kesihatan Belia Daripada Perspektif Pereka Grafik. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal Of Communication, Jil.36(1),356-368
Sien, Y., & Nur. (2025). Variasi Kaedah Pembelajaran Abad ke-21 oleh Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu Di Tenom, Sabah dan Cabaran Pelaksanaannya. Jurnal Wacana Sarjana, 9(1), 1–17. https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/631
Smith, J., & Brown, L. (2019). Frequency and Impact of Interactive Technology in Classroom Settings. Journal of Educational Multimedia and Hypermedia, 28(2), 137-155.
Tamyis, M. M., Suppian, Z., & Ghazali, N. H. C. M. (2021). Jawi Field in Elementary School Islamic Education Curriculum: One Analysis of Literature. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 14(2), 48–64. https://doi.org/10.37134/bitara.vol14.2.5.2021
Vasel, H. (2024). Factors shaping the implementation of educational organizational change: An analysis of Lewin’s model in the context of teaching innovations. Faculty of Education, Beit Berl College, Israel; Faculty of Education, University of Haifa, Israel.
Zhang, Y., et al. (2021). Long-Term Effects of Technology-Integrated Instruction on Literacy Skills. Journal of Educational Psychology, 113(6), 1034-1048.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Malaysian Journal of Information and Communication Technology (MyJICT)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
